Back To Top

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

KOMEN/CADANGAN/TEGURAN ....tunmdir@yahoo.com

Friday, December 27, 2013

X-SMRS 74 TRIP TO MELAKA 2013

X-SMRS 74 TRIP TO MELAKA 2013....nukilan Tn Hj Isa Bin Omar December 27, 2013 at 2:56pm Alhamdulillah.. setelah dirancang.. di susun atur Misi percutian bersama X-student SMRS 74 ke Melaka berjaya dilaksanakan.
reunionSMRS's melaka trip 2 2013 album on Photobucket
20 Disember 2013 Perjalanan telah dimulakan oleh Tn. Tahir sekeluarga dari Ipoh pada Jam 3 pagi. Beliau merupakan orang pertama yang tiba di Pit Stop pertama (RNR Dengkil). Diikuti dengan Izan, Bos, Nazri, Rashid, Rohaniah dan yang terakhir sekali adalah aku sekeluarga (maklumlah orang paling 'JAUH'). Jam 9.30 pagi kami memulakan perjalanan ke Melaka melalui jalan lama (diketuai oleh Nazri dan GPSnya). Perjalanan sungguh santai sambil menikmati keindahan pemandangan sepanjang persisiran pantai PD ke Melaka (sayang sekali tak ingat nak ambil gambar pemandangan). Singgah sebentar di Stesen minyak Petronas PD untuk berehat, membuang dan mengisi apa yang patut... hehehehe.. (Zulfadhli .. anakku yang bongsu memerut). Jam 12.25 tgh, kami meneruskan perjalanan sehingga ke Coconut Shake Klebang. Disini kami berhenti untuk menikmati makan tengah hari dan bintang utama.... COCONUT SHAKE nya yang terkenal... Akhirnya... tiba jua kami ke destinasi... iaitu Bayou Lagoon Park Resort di Bukit Katil. Baha telah setia menanti Petangnya acara santai n senang... Apa lagi.. anak-anak dah nampak air nak terjun je la... Izan telah tiba awal dari jangkaan,... Maaf la yer.. terasyik di lagoon.. :) Malamnya ada sedikit pertunjukan.. mungkin sempena krismas nanti.... Setelah balik ke hotel, terima mesej dari Tahir... mencari klinik yang berdekatan kerana isterinya mengalami keracunan makanan. Muntah dan cirit birit. Mujurlah hospital Pantai ada berdekatan. Pukul 3 pagi juga baru selesai segala urusan dan alhamdulillah, isteri Tahir beransur pulih. Rasanya, ini merupakan pengalaman yang tak mungkin dilupakan... kan Tahir kan... ??.. :) 21 Disember 2013 Seawal 7.30 pagi... Ibu-ibu memulakan aktiviti memasak di bilik Bos. Memanaskan lauk yang ada untuk sarapan pagi buat suami dan anak-anak. Dah sudah masak.. apa lagi.. acara sarapan beramai-ramai ler... Selepas sarapan, anak-anak ramai yang mengambil kesempatan mandi di lagoon. Para bapa, menjadi wakil keluarga dalam acara chess.. Keputusan sapa yang menang.. dalam simpanan nazri.. :) Lepas main.. makan lagi.. nasi lemak dari Tahir .. Rehat n masak lagi.. untuk yang baru naik dari mandi-manda... Jam 5.30 petang, keluar ke Taman seribu bunga, kononnya nak beli madu kelulut. Rupanya tutup jam 6 petang. Kami tiba di sana jam 6.05 petang. Setakat tengok lebah kelulut je la... :D Alhamdulillah, kami dikejutkan dengan pertemuan mimi di sini. Beliau menjemput kami hadir kerumah pada hari Ahad petang. Malamnya, kami booking 1 cruise untuk menyusuri sungai Melaka....Lebih kurang 53 orang peserta termasuk kanak-kanak.. Balik.. lepak n borak-borak di rumah Bos dan Nazri... sambil minum kopi O sehingga jam 2 pagi... balik bilik.. tido... ZZZzzzzzz... SAMBUNG DAY 3

Tuesday, December 24, 2013

SMRS Familys Melaka Trip...21 & 22 Dis 2013 Bayou Lagoon Park Resort,Malacca.