Back To Top

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

KOMEN/CADANGAN/TEGURAN ....tunmdir@yahoo.com

Thursday, May 20, 2010

Face To Face...@ NZ Corner

salam wahai kwn2 yang budiman...

Sayugia dimaklumkan perjumpaan tersebut di rancang dengan izin ALLAH SWT...insyallah. Moga2 kalian dapat memberi sedikit ruang masa bagi tujuan murni ini.
Butirnya seperti berikut :

Tarikh : 6 Jun 2010
Tempat : NZ Corner, Wangsa Maju
Masa : 0900 HRS

Agenda :
*

"SIRIH PULANG KE GANGANG" SMK RAJA SHAHRIMAN BERUAS, PERAK.

 

Semoga ada makna n manfaat untuk kita semua.

TQVM.

Wednesday, May 19, 2010

Mengapa Yahudi Bijak?....(ikhsan sahabat)

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Kenapa ALLAH memberikan segala-galanya kepada yahudi?Ilmu matematik, sains,boilogi,fizik, dan macam-macamla....Kerajaan malaysia pula berusaha dengan gigih untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berjaya dalam semua dalam lapangan hidup,Sistem pendidikan diberi penekanan dalam bab ilmu matematik,tapi ianya tdk mendatangkan kesan yang baik,kebanyakkannya tetap gagal dan lemah dalam ilmu matematik...berbagai usaha kerajaan dilaksanakan untuk melahirkan masyarakat bijak mate, contohnya... akhirnya Adi putra sorang jer yang menonjol...dan Apakah ini suatu kebetulan? Atau salah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Sebagaimana gaya hidup masyarakat YAHUDI selalu diamalkan ialah semasa ingin melahirkan zuriat (untuk dapatkan anak yang bijak).Kaum-kaum ibu yg mengandung mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, mereka akan bertindak sering membaca buku,banyak melakukan kerja-kerja amal,banyak buat kerja rumah, ada yang menyanyi,bermain piano,menari dan bla bla bla dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami.

Gaya hidup mereka agak menarik manakala gaya hidup orang melayu pula...contohnya bila seseorang isteri yang mengandung hanya pandai bermanja-manja, tidak boleh buat kerja rumah,nanti penatla, kononnya akan menjejaskan kesihatan anak dalam kandungan, hanya banyak tidur, berpantang itu ini, mudah kecil hati, malas bergerak ke sana sini...akhirnya anak-anak akan jadi apa-apa entah, Minta maaflah yer, kupasan ini saya ketengahkan kerana melihat situasi masyarakat melayu pada hari ini memang macam itu, Lain pula kedudukan masyarakat islam zaman dahulu kala....contohnya cuba kita tengok status mak, nenek kita dulu....mereka rajin bekerja, rajin buat ke hulur ke hilir mencari rezeki.

Semenjak 20 tahun kebelakangan ini,kebanyakan anak-anak dan remaja entah sudah jadi apa? Walaupun mereka berilmu,cerdik dan sudah memiliki sijil, tapi mereka tidak mempunyai sikap yang baik dan macam-macam hal la. Ibubapa duk sakit kepala berdepan dengan perangai anak-anak mereka, sehingga ada yang mendapatkan khidmat bomoh sana-sini untuk dapatkan air tawar, bla bla dan macam-macam lagi usahanya untuk mencorakkan anak-anak menjadi seorang anak yang baik...

Kaum ibubapa tidak sedar disebalik kesan ke atas anak-anaknya berpunca daripada siapa? Adakah anda pernah tengok satu kisah temuramah dalam rancangan televisyen bercerita tentang ibu ADI PUTRA, ibunya bercerita semasa dia mengandungkan adi putra...dia selalu buat kerja amal, buat kerja itu ini dan rajin membaca quran surah maryam.....tengoklah kesan sekarang,hebatnya adi putra....

Sebagai satu contoh ingin saya kongsikan, ada pasangan suami isteri tidak sefahaman dan masing-masing mengabaikan tanggungjawab, macam-macam masalah blh timbul dalam hubungan, lalu bertindaklah diluar kawalan contohnya, sisuami bermain cinta dengan isteri orang, sisuami bermain cinta dengan anak dara orang,si suami melanggan pelacur,sisuami suka buang masa, sisuami banyak melakukan perkara-perkara negatif, suami terlalu panas baran, semua perkara yang isteri lakukan tidak kena dengan kehendak suami seperti masakan tidak sedap,layan tidak cukup dan bla bla bla.

Isteri menggunkan duit yang telah diizinkan oleh suami secara sah pun kena, al-maklumlah kena minta izin dengan suami setiap saat, nilai kasih sayang suami yang ada pada diri suami pula tidak ditonjolkan kepada anak isteri kerana suami memiliki sikap terlalu serius, suami tidak pandai bergurau senda, suami pula terlalu pentingkan yang hal-hal besar,hal remeh temeh diabaikan, sisuami menganggap dirinya terlalu hebat (dalam hatinya menganggap bahawa dialah RAJA), lalu dia boleh buat sesuka hatilaa.Sehinggakan berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat diselesaikan dalam rumahtangga, ada ketika isterinya memberi sedikit cadangan untuk diterima pakai,namun cadangan itu tidak dihormati dan dimarahi pulak,oleh kerana bagi suami menganggap isterinya terlalu bodoh dan macam-macam hal lah tidak boleh dibincangkan......apa akan jadi?

Manakala sesetengah sikap si isteri yang jenis suka berleter, suka menangis, beremosi, putus asa, bersikap cemburu, sikap tidak puas hati dgn suami, dayus, mengabaikan layanan kepada suami, si isteri menyediakan keperluan suami dan kelengkapan tapi dalam keadaan tidak ikhlas, terlalu manja, terlalu ego, berlaku curang, jahat mulut, suka memaki hamun suami dari belakang, menceritakan keaiban suami kepada orang-orang lain. Jadi oleh itu, walau apapun berlaku kehidupan mereka masih boleh bertahan lagi,yang hairannya masing-masing keras kepala tapi sempat lagi menimang beberapa orang anak....akhirnya anak-anak pula tidak sehebat sebaik yang disangkakan kerana suasana rumahtangga hilang keceriaan dan kebahagiaan....... SIAPAKAH YANG BERSALAH DALAM HAL INI?


Seperkara lagi dalam hal pemakanan pula, pasangan suami isteri kaum yahudi menitikberatkan soal makanan yang seimbang, si ibu pula sejak awal mengandung lagi mereka gemar sekali memakan kacang badam,air soya, kurma bersama susu dan untuk menyediakan makanan utama tengahari mereka ialah roti+ikan tanpa kepala +salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut mereka daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.Betul juga apa yang dikatakan oleh rasulullah bahawa kepala ikan ada mengandungi bahan kimia yg tidak sesuai utk dimakan.

Menurut adat orang orang barat dan yahudi juga ketika mengandung menjadi semacam kewajipan untuk kaum ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi, anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah kepada anak-anak.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian.(Ironi nya,pemilik pengeluar rokok terbesar adalah siapa? tekalah sendiri..!)

Pemakanan anak-anak perlu dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan memakan pil minyak ikan (code oil lever).Di dalam pengamatan saya, kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya dari darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak bagi kaum Cina juga bijak dalam ilmu matematik.Kanak-kanak kaum cina boleh menguasai ilmu matematik setaraf dengan kaum yahudi dan mereka jauh berbeza tentang IQ dengan kaum melayu, boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!! Segala pelajaran dengan mudah dapat di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran lain, aktiviti sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut pengkajian memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya di sekolah tinggi (menengah) mereka ditekankan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetapi bila diteliti dengan serius ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan diketengahkan ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Mereka sungguh serius tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dan akan menerima hadiah.Adakah anda pernah tengok rancangan MR.TRUMPH di TV3 ?Satu rancangan realiti memilih beberapa orang yang boleh menyelesaikan beberapa rangkaian bisnes dengan berurusan online dengan seluruh dunia dan dalam masa yang sama mereka ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.



Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah sambil membaca beberapa keratan ayat-ayat sucinya sambil menggoyangkan kepala mereka, menurutnya ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala,(HADRAH/MEWLIV/TARI
AN SUFI) ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif (Kebiasaan ditimur tengah diamalkan amalan menggoyangkan kepala adalah dari jemaah ahli torikat ketika berzikir), kesannya amat memberangsangkan. begitu juga kita lihat orang orang Jepun, mereka sering menundukkan kepala walaupun ianya sebagai adat. ada makna disebalik kesan ilmu sains itu.

Bagaimana pula dengan orang orang Jepun yg pandai?Mereka juga bijak juga mencipta teknologi. Adakah ianya suatu kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, Untuk melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg lembab,lemah dan bodoh.sebagaimana budaya merokok di Singapore pada tahun 2005 dititikberatkan. disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7!!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!Fikir-fikirkanlah.

Tuesday, May 4, 2010

Monday, May 3, 2010

Upah Haji dan Haji Badal

Erti Upah Haji ialah mengupah seorang yang telahpun menunaikan Haji dirinya sendiri, untuk melakukan Haji untuk orang lain pula. Orang lain itu samada telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh menyebabkan orang lain itu tidak mampu kesihatan untuk ke Tanah Suci. Haji untuk orang lain seperti ini dinamakan Haji Badal. “Badal” bermakna “ganti” atau “alternatif”.

Untuk memahami hukum dan perlaksanaan Haji Badal, kita terlebih dahulu harus mengetahui hukum asal Haji dan Umrah bagi orang yang masih hidup.
 Hukum Haji dan Umrah 
Erti Haji ialah mengunjungi Kaabah (Baitullah) dalam Bulan-bulan Haji kerana mengerjakan Tawaf, Saie, Wuquf dan lain-lain menurut syarat-syarat serta menunaikan wajib-wajibnya.

Erti Umrah ialah mengunjungi Kaabah (Baitullah) pada bila-bila masa kerana mengerjakan Tawaf, Saie dan lain-lain menurut syarat-syarat serta menunaikan wajib-wajibnya.
  Hukum Haji dan Umrah 
Haji dan Umrah diwajibkan sekali sahaja dalam seumur hidup ke atas setiap orang Islam yang sudah baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan (atau berkuasa) samada lelaki atau perempuan.
 Firman Allah swt, “Dan kamu sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah” (Al-Baqarah : 196). Firman Allah swt, “Dan Allah mewajibkan ke atas manusia untuk mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu pergi ke sana” (Ali Imran : 97).  Erti Berkemampuan 
Erti berkemampuan ialah :
(i)                  berkuasa dengan sendiri, atau
(ii)                berkuasa dengan pertolongan orang lain.

Berkuasa dengan sendiri ialah memiliki perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal di Tanah Suci dan cukup bekalan untuk ditinggalkan bagi orang-orang yang dibawah tanggungannya di Tanahair, ada kenderaan, aman perjalanan, sihat tubuh badan dan berkesempatan masa. Syarat-syarat tambahan bagi wanita ialah mendapat izin suami dan hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya ke Tanah Suci.

Berkemampuan dengan pertolongan orang lain ialah :
(i)                  Orang yang memiliki perbelanjaan untuk ke Tanah Suci tetapi tidak dapat mengerjakan sendiri kerana terlalu uzur dan sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua umurnya yang telah putus asa tidak dapat ke Tanah Suci.
(ii)                Orang yang telah meninggal dunia yang berupaya semasa hayatnya tetapi tidak sempat mengerjakan Haji.
Dalam hal ini terhutanglah fardhu Hajinya ke atas warisnya atau orang yang menerima wasiatnya untuk menyelenggarakan hutang hajinya dengan upah yang yang berpatutan atau sukarela. Ini dinamakan Badal Haji.
  Hukum Haji Badal 
Islam membolehkan seseorang yang telah pun mengerjakan Haji dirinya sendiri untuk mengerjakan Haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau orang yang masih hidup tetapi tidak berkuasa ke Tanah Suci kerana terlalu uzur.

Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi saw
dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”.  Nabi saw menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari).

Seorang wanita bertanya Nabi saw tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan Haji. Nabi saw berkata kepada wanita tersebut, “Kerjakanlah Haji bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat An-Nasaie).

Dari hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian. Nabi saw juga membuat perbandingan dimana melunaskan Haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.
  Pahala Haji Badal 
Apabila Haji Badal dikerjakan dengan sempurna, kesemua pihak yang terlibat dalam perlaksanaannya mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.

Dari Ibnu Abbas ra berkata, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meningal dunia, ditulis bagi orang yang telah meninggal dunia itu satu Haji dan orang yang mengerjakan Haji tersebut mendapat tujuh Haji”. Dalam satu riwayat lain, “Dan bagi orang yang mengerjakan Haji tersebut akan terselamat dari api neraka”. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Zar).

Dari Abi Razin Al-Uqaily bahawa dia berjumpa Nabi saw dan berkata, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku terlalu tua dan tidak larat untuk mengerjakan Haji, Umrah atau berjalan dalam rombongan”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji dan Umrah bagi pihak ayahmu”. (Hadis riwayat At-Tarmizi dengan katanya hadis ini bertaraf hasan sahih. Nama sebenar Abi Razin ialah Laqit bin Amir).
 Haji Badal bagi orang yang masih hidup Dari Al-Fadl bin Abbas bahawa dia pernah menunggang bersama Rasulullah saw lalu datang seorang lelaki bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku terlalu tua. Jika aku mengangkatnya secara tanggung, dia tidak boleh memegang kuat. Jika aku mengikatnya aku khuatir boleh membinasakannya lalu meninggal dunia”. Sabda Rasulullah saw, “Jika ibumu berhutang dengan seseorang, tidakkah engkau yang akan melunaskannya?”. Dia berkata, “Ya”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji bagi pihak ibumu”. Dari dalil di atas, jelas menunjukkan bahawa dibolehkan seseorang mengerjakan Haji bagi pihak seseorang yang lain yang masih hidup tetapi tidak berkuasa mengerjakannya untuk dirinya sendiri.  
Datang seorang lelaki dari kaum Khath’am kepada Rasulullah saw bertanya tentang ayahnya yang tidak berkuasa mengerjakan Haji, “Adakah diterima Allah jika aku mengerjakan Haji bagi pihaknya?”. Sabda Rasulullah saw, “Adakah kamu anak sulungnya?”. Dia menjawab, “Ya”. Sabda Rasulullah saw, “Tidakkah engkau melihat jika ayahmu berhutang, adakah engkau akan melunaskan hutang tersebut?”. Dia menjawab, “Ya”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakanlah Haji bagi pihaknya”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dengan penambahan “Ayahku tidak larat menunggang tunggangan sedang Haji diwajibkan ke atasnya. Adakah boleh aku mengerjakan Haji bagi pihaknya?”).

Dari hadis-hadis di atas menunjukkan wajib mengerjakan Haji ke atas orang yang tidak berkuasa jika sekiranya dia berkemampuan di segi harta dan ada anak atau orang lain yang boleh mengerjakan Haji tersebut bagi pihaknya.
  Pahala anak yang mengerjakan Haji untuk kedua orang tuanya. 
Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibu bapanya, atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt)”.

Dari Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji”.

Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah saw bersabda, “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibu bapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada ruh-ruh ibu bapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan”. Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah Hajinya itu.
Seseorang tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain jika dia sendiri belum mengerjakan Haji untuk dirinya. Dari Ibnu Abbas bahawa Nabi saw mendengar seorang lelaki bertalbiyah sambil berniat mengerjakan Haji untuk Syubrumah lalu bersabda, “Siapa dia Syubrumah?”. Lelaki itu menjawab, “Saudaraku”. Nabi saw bertanya, “Adakah engkau telah mengerjakan Haji untuk diri sendiri?”. Dia menjawab, “Belum”. Sabda Nabi saw, “Kamu kerjakan Haji untuk dirimu sendiri terlebih dahulu, kemudian barulah kerjakan Haji untuk Syubrumah”. (Hadis diriwayatkan oleh Ad-Darqutny dan Ibnu Majah). 
Hadis ini menjadi dalil mazhab Syafie bahawa seseorang itu tidak boleh mengerjakan Haji untuk orang lain selagimana dia belum mengerjakan Haji untuk dirinya sendiri.
  Kesimpulan 
Haji dan Umrah adalah wajib sekali seumur hidup ke atas setiap orang Islam lelaki dan perempuan yang baligh, berakal, merdeka dan berkemampuan. Kewajipan ini tidak terlepas walaupun seseorang itu telah meninggal dunia atau menjadi terlalu uzur jika sekiranya semasa waktu sihatnya dia telah mencukupi syarat-syarat wajib mengerjakan Haji dan Umrah. Menjadi kewajipan ke atas warisnya untuk melunaskan Haji dan Umrah si mati atau orang yang terlalu uzur secara mengerjakan Haji Badal dan Umrah Badal samada waris itu sendiri mengerjakannya (lebih afdhal) atau seseorang yang telahpun mengerjakan Haji dan Umrah dirinya diupah atau sukarela mengerjakan Haji dan Umrah bagi orang yang tidak berkuasa tersebut.
 Disediakan oleh :  
Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Abdullah 
B.A. Peng. Islam & Bah. Arab (Al-Azhar), G.D. (Kaherah), B.E. (Queensland)Ahli Muzakarah Kebangsaan Pengkursus Haji & Umrah Tabung Haji Malaysia 1999, 2000M
Tel :  019 – 678 0000 (Malaysia),  00 – 966 – 503 508 007 (Saudi Arabia)
  
Pejabat Urusan Haji, Umrah, Ziarah, Haji Badal, Korban di Tanah Suci dll : 
C – 1.7 Flat UDA Ampangan, Seremban, NS.  Tel : 06 – 764 4494 / 764 0010 (pej – Haji Azhar / Puan Akhma)
  Rujukan 
  1. Al-Qira li Qasid Ummi Qura oleh Al-Hafiz Abi Al-Abbas Ahmad bin Abdullah Muhibuddin At-Tabary (615 – 694H) m/s 80 – 88.
  2. Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah oleh Lembaga Tabung Haji cetakan 2003.